naimmp98

SAUDEE (Kenaikan dan Penurunan Drastik)

MYX:SAUDEE   SAUDEE GROUP BERHAD
Sektor:
- Food & Beverages, Consumer Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, SAUDEE dilihat membuat keuntungan yang tidak konsisten. Kerugian paling tinggi dicatatkan di dalam QR adalah pada 26 Jun 2020 sebanyak RM 19,677. Keuntungan SAUDEE menurun sebanyak -156.76%. Hasil (revenue) pula kelihatan bergerak sideways dengan menunjukkan sedikit peningkatan untuk QoQ dan YoY.
- Dari sudut Teknikal, SAUDEE telah cross up MA 200 kemudian breakout SBR pada paras RM 0.405.
- Paras RM 0.405 asalnya merupakan SBR bagi SAUDEE apabila harga jatuh di bawah harga ini tetapi kemudiannya SAUDEE berjaya breakout dan menjadikan paras ini sebagai RBS pula.
- Harga mula menaik selepas breakout dan cross up MA 200 sehingga harga naik melebihi RM 1.
- Ketika ini, stochastic RSI menurun memberi signal SAUDEE dalam keadaan strong bearish signal di mana harga akan jatuh.
- Harga jatuh dan sekarang harga nampak bertahan ni RBS. Walaubagaimanapun, harga ditutup di bawah MA 200.
- Jika harga mampu rebound, SAUDEE mampu mencapai RM 1.050.
- Jika tak mampu atau harga semakin jatuh, perhatikan support seterusnya iaitu RM 0.310.

Nota kaki:
* QR = Quarter Report.
* YoY = Year over Year.
* QoQ = Quarter over Quarter.
* SBR = Support Become Resistance.
* RBS = Resistance Become Support.
* Cross up = Melintasi ke atas.
* Strong bearish divergence = Keadaan di mana stochastic RSI menaik tetapi harga menurun.
* Rebound = Harga melantun ke atas selepas membuat penurunan sebelumnya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Feragatname

Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.