liyafendi

RGTECH - Kajian Arah Tuju 2022

Alış
MYX:RGTECH   RADIANT GLOBALTECH BERHAD
Dari segi QR tidak lah bagus sangat. Tapi konsisten untung walaupun tidak banyak. Yang terkini keuntungan hanya 0.5 Juta.

Dari segi EW, kalau dilihat pada time frame lebih besar iaitu carta mingguan, saya dapati ia sedang menuju ke gelombang besar ke 3.

Di time frame besar saya biasanya suka merujuk kepada carta garisan (line chart).


Pada bulan Disember 20, ia telah melengkapkan subwave daripada wave 3, lalu ia membuat pullback ke garisan resistance lama iaitu 0.405, yang mana apabila di lihat kepada line chart di Time frame mingguan, ia adalah harga penutup pada minggu pertama IPO bermula pada Julai 2018.

Kemudian ia membuat penurunan mendadak dan naik semula ke garisan resistance tersebut dan reject semula ke bawah selama beberapa kali tetapi tidak berjaya memecahkan dan tutup harga di atas garisan tersebut.

Pada Nov 21, harga berjaya memecahkan garisan resistance 0.405 dan pull back semula ke garisan itu pada Disember 21. Setelah itu harga terpantul ke atas semula . Ada kemungkinan ia telah habis wave 2, tapi ada kemungkinan juga ia masih dalam proses correction untuk membuat pattern flat, atau ia ada kemungkinan juga untuk meneruskan terus ke destinasi terakhir wave 3 pada harga 0.650, lebih kurang sama dengan harga tertinggi pada harga pertama IPO.

Kajian di carta harian saya dapati ia sudah menyiapkan satu pergerakan impulsive, ada kemungkinan sekarang ia dalam perjalanan utk membuat subwave 2 of wave 3, yang mana kita masih belum tahu correction bakal berakhir di mana. ada kemungkinan ia akan turun lagi untuk membentuk kaki C (Flat Pattern) sebelum naik ke wave 3. tapi kalau ia berjaya bertahan di line support sekarang iaitu 0.455 dan membuat lantunan harga ke atas, ada kemungkinan ia akan terus naik ke atas untuk meneruskan perjalanan ke subwave 3 of wave 3.

Sekiranya masuk di harga sekarang , CUTLOSS jika harga close di bawah 0.455, ada kemungkinan ia akan turun membentuk kaki C.

Sekadar kajian saya, bukan BUY CALL signal.
Feragatname

Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.