naimmp98

HPMT (Mencipta Pencapaian Terbaru Setelah Berjaya Pecahkan Cup)

MYX:HPMT   HPMT HOLDINGS BERHAD
Sektor:
- Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services.

Idea analisis:
- Dari sudut Fundamental, HPMT dilihat membuat keuntungan dan hasil (revenue) secara konsisten. Kentungan meningkat YoY sebanyak 5.9% manakala hasil (revenue) menurun YoY sebanyak -8.62%. HPMT juga menawarkan dividen dan kelihatan dividen yang diberikan meningkat sebanyak 2.26 untuk tahun 2021 (1.38 sen sesaham) berbanding tahun 2020 (1.24 sen sesaham).
- Dari sudut Teknikal, HPMT dilihat telah breakout ATH dan cup and handle pattern dengan volume yang sangat signifikan. Harga juga dibuka gap up ketika ini.
- Jika mengikut teori cup and handle pattern, HPMT berpotensi menuju ke RM 0.895 dengan keutungan sebanyak 53.82%.

Nota kaki:
* YoY = Year over Year.
* ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang pernah dicapai.
* Gap up = Harga dibuka tinggi berbanding harga ditutup hari sebelumya.

#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Feragatname

Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.