AAPL secara amnya dilihat bergerak dalam trend menaik mematuhi sokongan dan rintangan saluran menaik
Terkini harga dilihat berada berdekatan dengan sokongan saluran menaik menguji kekuatan saluran tersebut Sokongan ini adalah dilihat kritikal kerana bertembung dengan MA200 harian yang merupakan sokongan dinamik terdekat dengan harga Lilin pada hari sebelumnya dilihat membentuk 'inverted hammer' namun volum pada lilin tersebut dilihat berada di bawah volum purata harian Begitu juga dengan etunjuk RSI juga masih berada di kawasan jualan dan masih belum memasuki kawasan 'oversold' menunjukkan masih terdapatnya kemungkinan minat jualan masih lagi berlaku Lilin dagangan ketika idea ini ditulis dilihat menunjukkan terdapatnya minat belian namun jumlah volum masih lagi dilihat dibawah kadar purata volum harian dan kurang daripada hari sebelumnya Tidak mustahil harga akan naik seketika sebelum meneruskan penurunan kembali atau sebaliknya Dengan keadaan pasaran semasa yang kurang memberangsangkan mampukah AAPL melawan arus?
Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.