Teknikal_Saham

0023 IFCAMSC : Masih Ada Peluang Untuk Masuk?

MYX:IFCAMSC   IFCA MSC BHD
IFCAMSC menunjukkan kemasukan volume yang luar biasa selama dua hari berturut-turut bermula daripada 28 Feb. Namun pada 1 Mac volume telah berkurang lebih kurang separuh. Apakah IFCAMSC akan meneruskan kenaikan harga atau akan berlaku retracement? IFCAMSC masih di dalam fasa uptrend. Perlu berhati-hati jika mahu membeli stock ini esok, kerana sudah memasuki fasa overbought. Disarankan hanya FIFO bukan swing. Untuk swing sy mencadangkan agar tunggu selepas berlakunya retracement sebelum entry.

Ratio: 2.9 (Ringan)

Kiraan Support dan Resistance untuk hari Isnin 11 Mac 2019

Jika harga kekal di atas 0.345
Resistance 1 : 0.360 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.390 (+-0.005)
Perhatikan volume yang akan masuk esok. Jika volume melepasi 34 Juta dengan buyrate maintain di atas 59%, kemungkinan untuk Resistance 2 pecah adalah sangat tinggi.

Jika harga kekal di bawah 0.500
Support 1 : 0.330 (+-0.005)
Support 2 : 0.300 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.

Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
Feragatname

Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.