EMAS (Berjayakah Melantun dan Meneruskan Kenaikan?)

Idea analisis:
~Teknikal~
- EMAS melakukan penurunan drastik dan dilihat membuat rejection di atas 2 paras sokongan:
1) Trend line support.
2) RBS pada paras harga RM 230/gram - RM 233/gram.
- Terkini, EMAS dilihat sedang rebound di atas 2 paras sokongan ini dengan 2 petunjuk:
1) Candlestick bullish harami.
2) Stochastic RSI cross up di paras oversold.
- Jika EMAS mampu rebound di atas 2 paras sokongan dengan 2 petanda rebound ini, harga mampu menuju ke paras resistance terbarunya pada paras harga RM 253/gram - RM 255/gram.

~Fundamental~
- Penurunan EMAS ini dikaitkan dengan ucapan Jerome Powell iaitu Pengerusi US Federal Reserve.
- Dalam ucapan beliau, kadar faedah kekal direndahkan sekarang iaitu sebanyak 0.25%.
- Kesannya, para pelabur akan cenderung untuk menyimpan wang mereka di dalam bank berbanding melabur ke dalam EMAS dan saham.

Nota kaki:
* Rejection = Keadaan dimana harga menyentuh paras harga tertentu samada resistance atau support.
* RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan.
* Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini.
* Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Bullish Harami = 'Body' candle hijau diberanakkan atau ditelan oleh 'body' candle merah sebelumnya.
* Oversold = Garisan stochastic RSI di bawah paras 20. Ia bermakna saham dalam keadaan terlebih jualan.
* Untuk mengetahui lebih terperinci tentang 'trend line support' dan lain² jenis Support dan Resistance (SnR), boleh klik pautan di bawah:
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance


#DYOR #TAYOR #BAYOR #SAYOR

---------------------------------

PENAFIAN / DISCLAIMER:
Penulis / penganalisis bukan penasihat kewangan dan bukan juga penasihat pelaburan. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan hanya berdasarkan pengalaman dan ilmu yang sangat terhad. Idea² analisis ini juga hanya bertujuan untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukan saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
bullishharamiEMASemashariiniGoldTechnical Indicatorsjun21reboundTrend Analysis

Aynı zamanda::

İlgili yayınlar

Feragatname