EMAS terus melakukan lonjakan setelah berjaya BDTL. Kenaikan terkini merupakan pusingan kedua sejak harga BDTL. Sebelum melakukan pusingan kedua kenaikan, EMAS dilihat membuat pullback dan rebound di atas fibo 0.618 menandakan kekuatan kenaikan EMAS pada kali ini adalah kuat (strong uptrend).
EMAS berjaya breakout paras harga RM 250/gram yang merupakan resistancenya (kini telah menjadi support) dan fibo 1.618 pada paras harga RM 251.70/gram. Berkemungkinan selepas ini, harga akan retest dahulu di paras RBS sebelum meneruskan kenaikan. Berkemungkinan juga harga akan terus melonjak ke paras fibo 2.618 pada paras harga RM 263.85/gram.
Target yang paling ditunggu² adalah paras harga RM 280 yang merupakan ATH bagi EMAS. Adakah EMAS mampu kembali ke paras ATH nya? Mari sama² kita perhatikan. 🍿🍿🍿
Nota kaki: * BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan (downtrend line). * Pullback = Harga membuat penurunan setelah mengalami kenaikan sebelumnya. * Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya. * Fibo / Fibonacci Retracement = 3 point penting yang perlu dilihat iaitu 0.618 (61.8%), 0.5 (50%) dan 0.382 (38.2%). Harga perlu bertahan di atas mana-mana 3 point penting ini untuk menyambung kenaikan. Jika harga jatuh sehingga melebihi paras 0.382, kebiasaanya harga akan bertukar arah kepada downtrend atau sideways. * Resistance = Paras rintangan atau syiling harga. Harga kebiasaanya akan menaik sehingga ke paras ini. * Support = Paras sokongan atau lantai harga. Harga kebiasaanya akan menurun sehingga ke paras ini. * Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya. * RBS = Resistance Become Support. Keadaan di mana paras rintangan bertukar menjadi paras sokongan. * ATH = All Time High iaitu harga tertinggi yang dicapai.
DISCLAIMER: Penulis bukan penasihat pelaburan, penasihat kewangan atau broker berlesen. Sebarang idea-idea analisis yang dikongsikan hanya bertujuan untuk memudahkan pembelajaran semata, bukan buycall atau sellcall.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.