Minyak Mentah WTI cubaan membentuk dasar Adam & Hawa

Minyak mentah WTI pada mulanya diperdagangkan pada awal sesi USD60.24 satu tong. Minyak Mentah mungkin mendapat sokongan pada USD58.75 dan halangan pada USD61.06 untuk hari ini. Di bahagian lain pada ICE, Minyak Brent jatuh 0.39% untuk diperdagangkan pada USD65.84 satu tong. Manakala Indeks Dolar AS Hadapan, yang menjejaki prestasi dolar AS berbanding sekumpulan enam mata wang utama yang lain, meningkat 0.13% untuk diperdagangkan pada USD96.898.

Jika dilihat pada carta mingguan, terdapat pembentukan sokongan dan halangan yang mencorakkan segitiga sama panjang. Kelihatan juga ada cubaan membentuk dasar Adam dan Hawa pada carta mingguan ini. Cubaan memecah sokongan pada 50.45USD menjadikan ia dasar kembar tiga yang merupakan paras sokongan terkuat kini.

TP1: 65
TP2: 75
SL1: 55.00
SL2: 50.45
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Feragatname