TMC LIFE SCIENCES BERHAD masih berada dan bergerak diantara kawasan rintangan dan sokongan. untuk meneruskan kenaikan, harga perlu melepasi garisan rintangan menurun dan bertahan diatas R1 0.820. berhati hati sekiranya harga mampu melepasi dan membuat jatuhan dibawah S1 dan S2
TMC LIFE SCIENCES BERHAD mencatatkan hasil yang baik pada Q4 (JUN22) sebanyak RM70,795,000 berbanding Q3 (MAR22) RM61,081,000 mencatatkan perbezaan sebanyak RM9,714,000. Keuntungan bersih mencatatkan kenaikan sebanyak 237% Q4 (JUN22) RM 23,469,000 bertambah dibandingkan dengan Q3 (MAR22) RM6,969,000 mencatat perbezaan sebanyak RM16,500,000.
Pemegang saham utama bagi TMC LIFE SCIENCES BERHAD terdiri daripada SASTERIA M PTE LTD 70.13% sebanyak 1,221,638,155 unit saham yang bernialai 696.33M, diikuti DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM 7.64% sebagai pemegang saham kedua terbesar sebanyak 133,000,000 unit saham dengan nilai sebanyak 75.81M.
corak carta : segitiga simetri
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.