Sunview Group Bhd membuat kemunculan pertama yang kukuh di Pasaran ACE dengan harga 59.5 sen hari ini sekali gus mencatatkan premium 30.5 sen berbanding harga terbitan 29 sen dengan 8.82 juta saham bertukar tangan ketika awal dagangan.

Syarikat tenaga boleh baharu (RE) yang terbabit terutamanya dalam kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) serta perkhidmatan pembinaan dan pemasangan kemudahan fotovoltaik solar (PV) itu, dijangka meraih RM34.22 juta menerusi langkah penyenaraian itu.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ong Hang Ping, berkata sebanyak RM20.10 juta atau 58.72 peratus daripada hasil itu akan digunakan untuk membiayai keperluan modal kerja kumpulan, manakala RM7 juta atau 20.46 peratus akan diperuntukkan bagi membayar semula pinjaman bank.

Sejumlah RM1.86 juta atau 5.42 peratus telah diperuntukkan untuk perbelanjaan modal, manakala RM1.67 juta atau 4.88 peratus akan dimanfaatkan untuk pengembangan perniagaan.


Berdasarkan Carta pada M15 terdapat Corak divergence ( Hidden Divergence) dan Doji pada paras bawah pada masa yang sama Histo pink sudah menipis menunjukkan perubahan trend daripada menurun ke menaik dan warna histo bertukar kepada warna hijau dan macd membuat persilangan ke atas. Pada masa yang sama candlestick berada paras atas EMA 9 dan garisan EMA tersusun menunjukkan strong bull.


PENAFIAN :

Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian & pembelajaran sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
Berdagang di atas risiko anda sendiri.
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Aynı zamanda::

Feragatname