SPY pada minggu dagangan yang lalu dilihat membuat kenaikan berbanding minggu sebelumnya setelah harga membuat kejatuhan di bawah EMA20 mingguan
Namun, jika diperhatikan paras RSI mingguan kedudukannya dilihat masih lagi berada di bawah garisan purata RSI. Pembentukan lilin dagangan juga dilihat seakan sama dengan pembentukan lilin pada minggu 5 Nov 2018 sebelum harga menyambung kejatuhan. Analisa volum mendapati penyertaan para pedagang masih kurang berbanding minggu dagangan sebelumnya meskipun volum dilihat melebihi paras purata volum mingguan. Trend secara jangka masa panjang dilihat masih lagi cenderung bergerak dalam trend menaik.
Wallahua'lam.
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.