Indeks S&P 500 dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Permulaan minggu dagangan terkini memperlihatkan indeks ini dibuka lebih rendah berbanding minggu sebelumnya berikutan terbentuknya 'divergence' pada petunjuk RSI Pembentukan RSI yang lebih rendah tatkala harga kekal mendatar menunjukkan momentum kenaikan yang semakin berkurang Indeks kini dilihat berada berdekatan RBS terhasil daripada rintangan sebelum ini dan juga MA20 mingguan, menguji kekuatan sokongan dinamik berkenaan Sekiranya ditembusi indeks dijangka akan menurun sehingga ke paras sokongan dinamik seterusnya iaitu MA50 mingguan Histogram MACD mingguan berada dan mengahala ke bawah paras sifar. Garisan MACD dan garisan isyarat juga dilihat telah melakukan persilangan Trend secara jangka panjangnya dilihat masih cenderung menaik, penurunan yang dijangka berlaku berkemungkinan hanyalah pembetulan
Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.