Idea analisis: - SKPRES merupakan salah satu saham pegangan EPF dan KWSP. - SKPRES sedang bertahan di paras sokongan kritikal. - SKPRES dilihat seakan-akan membentuk double top atau bearish penant. Jangkaan trend harga akan menurun jika double top ini dibentuk sepenuhnya. - Sekiranya breakdown melepasi paras trendline akan menyebabkan SKPRES berpotensi menguji paras support seterusnya pada harga RM1.53. - Jika masih bertahan di garisan sokongan dan memecahkan halangan ke atas mungkin barulah chart saham ini akan dilihat semakin menarik.
Maklumat tambahan: * Breakdown = Jatuh dibawah bentuk trendline . * KWSP = Kumpulan Wang Persaraan memegang saham SKPRES sebanyak RM 246.69 juta * EPF = Employees Provident Fund memegang saham SKPRES sebanyak RM 76.28 juta.
Sedikit idea ringkas daripada saya. Apa pula pendapat anda?
Jika anda ingin melabur atau berdagang dalam saham ini jangan lupa sediakan Trading Plan dengan sebaiknya. Tahu di mana mahu masuk/entry price (EP), di mana mahu keluar/take profit (TP) dan di mana mahu cut loss ( CL ) sekiranya tidak menjadi.
Ingat! Saham bukan judi. Jangan masuk ke dalam sesuatu kaunter tanpa tahu di mana EP, TP dan CL .
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.