Besar kemungkinan konter seperti RL akan memulakan harga dengan 5 waves move, bukan 3.
Jadi admin berpendapat masih ada potensi kenaikan RL untuk Gelombang 5.
Harga RL sekarang masih bermain sekitar channel yang mendatar, menunjukkan RL berkemungkinan masih dalam fasa pembetulan. Secara idealnya, RL harus memecahkan saluran ini ke bawah untuk menyiapkan kitaran pembetulannya.
Cara entry terbaik pada pendapat Admin:
1. Sabar menunggu di kawasan RM0.42 - RM0.45. Kawasan ini berisiko rendah dan mempunyai potensi ganjaran yang lebih besar.
2. Beli sekiranya harga memecahkan kawasan RM0.530. Cara ini sangat berisiko kerana berkemungkinan harga membuat Fake Out untuk melepaskan pegangan saham.
Admin akan menunggu di kawasan lebih bawah, dan menjadikan garisan merah RM0.415 (Wave 1 - Wave 4 Overlap) sebagai paras henti rugi.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.