RGTBHD merupakan kaunter yang berkaitan dengan produk plastik dan mempunyai chart pattern yang sangat menarik untuk diperhatikan. Daripada chart RGTBHD dapat dilihat ianya telahpun melengkapkan pattern cup & handle dimana neckline dan juga aras 52 weeks high adalah di 0.200. Selain itu, RGTBHD juga telah memecahkan garisan menurun 1 tahun (1yr DTL) disokong dengan gap up dan volume yang sangat tinggi. Ini menunjukkan momentum yang sangat kuat untuk menolak RGTBHD ke atas. Aras target harga untuk pattern cup & handle adalah di 0.295. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran)
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.