RCECAP dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Lilin mingguan terkini dilihat berada berdekatan rintangan seakan hendak menguji kekuatan rintangan terbabit Jika diperhatikan pada selang masa harian, paras RSI dilihat menunjukkan momentum yang mencukupi sekiranya harga hendak memecahkan rintangan berkenaan Persilangan emas juga dilihat telah berlaku pada petunjuk MACD harian, histogram MACD berada di paras positif Namun, persilangan yang seakan hendak berlaku pada petunjuk MACD mingguan juga hendaklah diambil kira Sekiranya berjaya melepasi dan tutup di atas rintangan, harga secara tidak langsung akan membuat ATH Namun sekiranya harga gagal melepasi atau berpatah balik, maka divergence penurunan berkemungkinan dapat dilihat berlaku pada petunjuk RSI mingguan Analisa volum berdekatan paras rintangan dilihat menunjukkan volum seakan berkurang berbanding minggu-minggu sebelumnya (ketika harga berada berdekatan rintangan) Menarik untuk diperhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau individu *Ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.