🟠 Terdapat 4 fasa di dalam analisis ataupun kitaran stage iaitu fasa accumulation , Fasa Uptrend/Mark Down ,fasa distribution dan fasa penurunan/mark down
🟠 Keempat-empat fasa ini akan terbentuk secara berulang-ulang.
1️⃣ Stage 1 = Fasa Accumulation/ Stage tapak
🔸 Terhasil selepas kejatuhan dalam pasaran 🔸 Semakin panjang/lama pergerakan melintang, semakin bagus dalam pasaran 🔸 Pergerakan melintang/sideway yang panjang akan membentukkann/menubuhkan tahap sokongan yang penting untuk menaikan harga pasaran. 🔸 Dalam fasa ini juga, para pembeli akan memantau dari masa ke semasa untuk pasaran melakukan breakout/memecahkan fasa sideway.
2️⃣ Stage 2 = Fasa uptrend / Advancing Stage
🔸 Terhasil selepas berlakunya breakout pada fasa pertama/stage 1 🔸 Harga saham mula untuk naik dalam jangka masa tertentu. 🔸 Saham hanya perlu dibeli semasa berlakunya breakout pada fasa pertama. 🔸 Fasa kenaikkan akan terus terjadi sehinggalah stage 3 terbentuk.
3️⃣ Fasa Distribution/ Topping stage
🔸 Terhasil apabila harga saham /trend mula kehilangan momentum untuk menyambung kenaikkan ke atas. 🔸 Harga saham mula sideway/melintang seketika dan keberangkalian akan terus jatuh mahupun terus naik bergantung kepada momentum. 🔸 Jual saham ketika fasa ini atau ketika mengesan berlakunya breakdown/pecah support. 🔸 Beli semula saham ketika berlakunya breakout dalam fasa ini.
4️⃣
🔸 Terhasil apabila harga saham /trend kehilangan momentum dan secara terus menyambung kejatuhan. 🔸 Jauhi untuk membeli saham pada fasa ini. 🔸 Sekiranya masih memegang saham pada fasa ini, keberangkalian akan menanggung kerugian yang besar.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.