POWERWELL dilanda tekanan jualan, apakah arah selanjutnya?
Analisa 20 jun 20 Harga naik tinggi pada 19 jun disokong dengan volume yang besar. Menjelang penutupan Bursa waktu petang, banyak tekanan jualan menyebabkan harga ditutup rendah, di bawah separuh candle. Jika dilihat di sebelah kiri carta pada hujung april 20 dan pertengahan Mei 20, terdapat paras rintangan lama. Kemungkinan pembeli saham yang tersangkut di waktu ini menggunakan peluang untuk keluar dengan untung/kerugian yang sedikit, menyebabkan tekanan jualan yang besar pada 19 jun 20 Jika tekanan jualan belum habis diserap, harga mungkin akan jatuh lagi. Tunggu pembentukan candle dan volume seterusnya untuk menjangka arah tuju saham.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.