Hari ini harga PTRANS buka dan tutup di atas EMA200 dengan solid candle. Ia diikuti rapat EMA20 manakala EMA50 telah cross-up EMA100. Ia menunjukkan isyarat yang baik dari segi pergerakan harga purata dan berada dalam saluran menaik. Stoch-RSI juga berada pada paras melebihi 30%. Dalam tempoh ini juga ia membentuk pennant pattern(bullish).
Sebelum itu PTRANS dalam fasa uptrend JULAI 2020- APRIL 2021 dan downtrend dari MEI 2021-OGOS 2021. Bermula pertengahan Ogos 2021 ia mula berubah kepada uptrend sehingga harga close hari ini iaitu 0.705. Support & Resistance sila rujuk carta.
Carta mingguan juga dalam keadaan momentum yang baik. Sekiranya harga dapat melepasi 0.720 maka ia akan membuat solid uptrend. Posisi sebelum EMA50 cross-up EMA200 adalah peluang yang perlu diberi perhatian ketika adanya momentum(volxprice). Adakah ia akan meneruskan konsistensi? sama-sama kita lihat. Wallahu a'lam.
PENAFIAN : CATATAN INI BUKANNYA BUY/SELL CALL, HANYA BERKONGSI IDEA DAN ANALISIS KAJIAN UNTUK PENDIDIKAN. TAKE AT YOUR OWN RISK.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.