Saham syarikat Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu

Pergerakan menaik harga adalah dilihat seiring dengan kenaikan harga minyak dunia beberapa bulan sebelum ini
Jika diperhatikan, pergerakan harga pada selang harian seakan hendak membentuk corak carta paras tinggi berganda
Petunjuk volum juga dilihat semakin berkurang tatkala harga naik mencapai paras tinggi yang kedua tidak selari dengan kenaikan harga
Petunjuk RSI harian dilihat telah menunjukkan kehadiran 'divergence' manakala RSI mingguan di dalam kawasan 'overbought'
Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk mengatakan harga membuat penurunan selagi mana sokongan belum dipecahkan

Sama-sama kita perhatikan

Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Double Top or BottomTrend AnalysisVolume

Feragatname