MOMENTUM BAHARU BUAT MICROSOFT CORP

Harga saham Microsoft menunjukkan perkembangan positif selepas melepasi garis aliran menurun memberi gambaran bahawa sentimen pasaran pada waktu ini amat memberangsangkan. Hasil daripada kenaikan ini meninggalkan corak "Jurang Ke Atas @ Gap Up", yang berpotensi membawa peningkatan yang berterusan dalam sesi yang akan datang. Penyeberangan positif di dalam garis Pergerakan Purata dan indikator MACD mencerminkan pandangan ke arah kenaikan secara terus. Pandangan ini juga disokong oleh momentum yang kuat dilihat dalam indikator "14-hari RSI" - yang kekal terapung secara teguh di atas paras 50 mata. Kecenderungan terhadap kenaikkan harga ini menggambarkan aktiviti membeli yang bakal meningkat dalam masa yang terdekat.

Dari sudut kenaikan, ringtangan terdekat berada pada $ 114 diikuti oleh tanda kritikal di $ 116. Manakala, sokongan terdekat berada pada paras $ 108, diikuti sokongan seterusnya pada paras $ 105.
Chart PatternsTrend Analysis

Feragatname