Komentar ringkas pandangan analisa teknikal peribadi kaunter LUXCHEM carta semasa. . 1. Berpandukan pada carta rangkup harian, secara keseluruhan harga masih lagi membuat ranging walaupun struktur yng besar menunjukkan downtrend. 2. Harga juga berada dalam rangkapan wedge dan masih membina struktur swing low yang terbaharu di zon downtrendline. 3. Kebarangkalian akan membuat kawasan pengumpulan sokongan yang kuat dan perlu memecahkan downtrendline bagi merubah harga dari swing low kepada swing high yang terbaharu. . Selamat Berdagang. . *PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham ataupun niaga hadapan melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.