KFORCE, Inc dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan garisan trend menurun sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pada hari-hari dagangan sebelum ini, lilin dagangan harian dilihat seakan membentuk corak lilin tiga askar putih Petunjuk volum juga dilihat semakin menaik tatkala lilin askar putih yang ketiga terbentuk menyokong pergerakan harga Lilin pada hari dagangan terkini dilihat gagal melepasi garis rintangan menurun dengan tutup di paras yang lebih rendah berbanding pada hari dagangan minggu lalu Meskipun begitu, volum dilihat kurang tatkala lilin merah terbentuk pada garisan rintangan menunjukkan minat jualan yang kurang kuat Pergerakan harga walaubagaimanapun dikatakan masih lagi cenderung dalam fasa mendatar selagi mana garisan rintangan belum ditembusi
Ke manakah halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.