Alış

GETS (MYX:5079) Potensi profit sebanyak 62% ?

Kalian dapat lihat bahawa harga kaunter ini telah melambung dari paras sokongan merah (RM0.135) sejak beberapa hari ini, dan membentuk paras sokongan berganda (double bottom).

Dari aspek teknikal, Parabolik SAR telah menunjukkan indikasi beli, RSI kekal meningkat dari paras oversold, dan MACD telah bertukar ke indikasi positif.

Dengan kesemua indikasi menghala positif dan paras sokongan kekal kuat di RM0.135, saya jangka bahawa momentum yang berterusan akan menyokong harga kaunter sehingga ke paras rintangan biru (RM0.200) sebelum meneruskan momentumnya ke paras rintangan hijau (RM0.255) .

Justeru, kalian boleh cuba masuk dengan entry berikut:

Beli : Di antara 0.145-0.165
Stop loss : 0.130
Jual untung (TP) : 0.255

Sekiranya kalian buat kalkulasi nisbah risiko-rezeki, kalian akan dapati bahawa nisbah tersebut berada di antara 1.30x ke 3.17x; jelas menunjukkan bahawa dagangan ini berbaloi dicuba.
buysignalDouble BottomDouble Top or BottomklsemarketOscillatorsSupport and Resistance

Feragatname