Bursa Malaysia masih lagi melalui proses pembetulan akibat pertukaran kerajaan selepas pilihan raya May lepas. Antara strategi yang boleh kita gunakan untuk menghadapai ketidak tentuan pasaran akibat perubahan ini, Kita boleh fokus kepada saham yang tidak bergantung kepada kontrak kerajaan.

Malangnya, saham-saham ini juga sedang menghadapai tekanan akibat perang perdagangan Amerika dan China dan juga Amerika dan Negara-Negara G7 yang lain. Polisi Luar Amerika juga sudah berubah. Walaupun mereka masih bermusuh dengan Iran dan China, mereka sedang berkawan dengan Korea Utara dan Russia

Donald Trump mahukan trade deficit Amerika berkurangan. Ada dua negara yang mempunyai trade surplus yang besar dengan Amerika, China dan Jerman. Amerika menuduh kedua-dua negara ini sengaja membiarkan matawang mereka lemah. China mungkin tidak boleh menjawab tuduhan ini tetapi bagi Jerman pula, dasar monetari tidak dibuat di jerman tetapi oleh ECB dan diketuai oleh orang Itali.

Apapun, kita belum tahu apakah kesan sebenar jika berlaku "trade war" habis-habisan antara China dan Amerika. Untuk pengurus dana global, adalah lebih selamat untuk mengambil strategi "worst case scenario" - Jual segalanya dan kembali bila keadaan reda

Beyond Technical Analysis

Feragatname