CVX dilihat tetap membuat kenaikan meskipun pasaran sedang berdarah
Jika dilihat pada selang masa mingguan, harga dilihat baru sahaja melepasi garisan rintangan kritikal beberapa minggu dagangan yang lalu Analisa volum mendapati kenaikan melepasi rintangan tersebut adalah disertai dengan volum yang melebihi paras purata dagangan harian Harga beberapa minggu dagangan yang lalu juga dilihat berjaya bertahan di atas EMA200 mingguan (tidak ditunjukkan) sebelum meneruskan kenaikan Paras harga tertinggi yang pernah dicapai sebelum ini dilihat berada pada paras 135.10 pada tahun 2014 Walaubagaimanapun, paras RSI mingguan dan harian dilihat sudah berada di kawasan 'overbought' menunjukkan terdapat kemungkinan harga akan membuat pembetulan dalam jangka masa terdekat
Mampukah ia membuat kenaikan melepasi paras harga tertinggi sebelum ini? Ke manakah halatuju CVX?
Sama-sama kita nantikan
Penafian: *Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR) *Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti *Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.