Sektor: Pengguna Industri: Penjagaan Isi Rumah/Peribadi
1. Analisa Trend
Jika kita lihat kepada pergerakan CCNH, ia masih berada dalam keadaan "sideways" selepas ia membuat kenaikan pada bulan 2 tahun 2021. Berdasarkan keadaan ini, paling tinggi harga yang boleh dicapai oleh CCNH ini adalah RM0.240 dan harga paling rendah yang pernah dicapai adalah RM0.125.
2. Corak Carta
Corak yang ditunjukkan di dalam carta ini adalah "declining wedge". Corak ini boleh berlaku disebabkan oleh 2 keadaan:
1. Berlaku kejatuhan yang mendadak/tajam dan kemudian bergerak keatas.
2. Bertindak sebagai "pullback/retrace" setelah berlaku kenaikan harga yang lama.
Dijangkakan bahawa harga akan menembusi "resistance line" dan akan membuatkan harga naik lebih tinggi.
3. Penunjuk indikator
1. Berdasarkan MACD, garisan MACD dan garisan signal berada sangat dekat dan berada dibawah paras 0.00. 2. Berdasarkan RSI pula, melihatkan bahawa saham ini sedang berada pada tahap risiko yang rendah.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.