CAREPLS (Kembali Pulih)

1107
Sektor:
- Industrial Products, Rubber Gloves, Health Care Equipment & Services.

Idea analisis:
~Fundamental~
- Hasil (revenue) CAREPLS berada dalam trend menaik dengan peningkatan QoQ dan YoY masing² sebanyak 18.95% dan 30.27%.
- Sebelum ini, CAREPLS lebih banyak membuat kerugian berbanding keuntungan. CAREPLS mula konsisten membuat keuntungan pada Q3 2020. Ini menjadikan keuntungan CAREPLS meningkat YoY sebanyak 2230.17%.
- CAREPLS juga memberikan dividen kepada para pemegang saham tetapi tidak konsisten. Walaubagaimanapun, dividen yang diberikan pada tahun in adalah tertinggi iaitu 2.5 sen sesaham.

~Teknikal~
- Pada mulanya, CAREPLS membuat kejatuhan dan membentuk descending triangle.
- CAREPLS cuba untuk BDTL tetapi tidak mampu.
- Harga meneruskan kejatuhan sehingga breakdown MA 200 menjadikan CAREPLS berubah arah kepada downtrend untuk long term.
- Kemudian, CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan sehingga breakdown descending triangle. CAREPLS jatuh melebihi paras supportnya pada RM 1.930. Support RM 1.930 kini menjadi resistance bagi CAREPLS (SBR).
- CAREPLS meneruskan lagi kejatuhan lalu berjaya rebound di atas support terbarunya pada RM 1.240 dengan volume yang signifikan.
- Kemudian CAREPLS retest seketika di atas downtrend line sebelum breakout SBR setelah itu.
- Seperti biasa, CAREPLS sekali lagi retest dan kali ini di atas SBR pula.
- Setelah itu, CAREPLS meneruskan kenaikan dan terkini, CAREPLS berjaya tutup di atas MA 200. Ini menandakan CAREPLS akan berubah arah kepada uptrend untuk long term dengan disokong oleh indikator MACD.
- Jika CAREPLS mampu bertahan di atas MA 200 dan SBR, harga berpotensi menuju ke RM 4 dan seterusnya ke RM 5.830.

Nota kaki:
* QoQ = Quarter over Quarter. Prestasi quarter pada tahun semasa berbanding quarter yang sama pada tahun sebelum.
* YoY = Year over Year. Prestasi tahun semasa berbanding tahun sebelum.
* Q3 = Quarter ketiga. Kebiasaanya bulan Ogos. Dalam idea ini, Q3 bagi CAREPLS adalah pada bulan Julai.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
* SBR = Support Become Resistance. Keadaan di mana paras sokongan bertukar menjadi paras rintangan.
* Rebound = Harga melantun ke atas setelah mengalami penurunan sebelumnya.
* Retest = Keadaan dimana harga mencuba untuk menguji / menuju semula paras yang telah ditembusinya.
* Untuk maklumat tambahan mengenai 'descending triangle' dan lain² 'triangle pattern', boleh klik pautan di bawah 👇
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam Saham


#TAYOR #BAYOR

---------------------------------

DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah panggilan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).

📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.

Feragatname

Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.