1. BTM telah menembusi MA20 dengan support kuat di MA50. Ini adalah petanda baik bagi setiap kenaikan disekalikan dengan masuknya ia ke dalam kriteria LEMANG OSC1 iaitu apabila candle buka di atas MA20 dan MA50 serta belum melepasi BB sd1. 2. Pada masa ini hanya perlu watchlist sahaja untuk pemain FIFO dan INTRADAY Sebelum EP apabila ia berjaya memecah Bollinger Band standard deviation 1. 3. Boleh juga kita EP seandainya kita menggunakan teknik swing. Hanya tunggu lebih kurang 1 atau 2 hari shj untuk mencapai keuntungan maksimum. 4. Seandainya kita menggunakan teknik samada FIFO, INTRADAY, BTST dan BTSL, maka perlu menunggu sehingga harga memecah upper band BB SD1 dahulu sebelum EP. 5. Untuk mendapatkan EP yg tepat, boleh samada menggunakan GANN CHART atau gunakan FIBONACCI di sebelah kiri carta. 6. Perlu diingat, EP hanya apabila resistant telah bertukar menjadi support atau dikenali sbg RBS . Ini untuk mengelakkan sebarang risiko, harga berbalik ke belakang dan memakan modal. 7. Selepas RBS dan sesuai dengan support samada di GANN CHART atau di garis fibonacci, terus BERATUR UTK MENJUAL di paras resistant GANN CHART atau FIBONACCI. Kebiasaannya candle akan cuba untuk memecahkan upper band bollinger sd2. Jual sahaja dahulu, ambil profit, 4.50pm beli balik utk BTST esoknya...terus TP di 2bid atas closing price hari ini.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.