BTCUSDT, Pembentukan Symmetrical Triangle

1. Di TF1W dapat dilihat pembentukkan symmetrical triangle yang berpusatkan di zon harga sekitar 42,390. Ia juga adalah di zon yang sama untuk garisan 38.2% Fibo Retracement dari harga tertinggi yang dicatatkan. Berkemungkinan harga akan membuat penurunan ke zon 23.6% pada harga sekitar 37,306 sebelum membuat lantunan ke atas semula ke paras 50% pada harga sekitar 46,821. Sasaran jika chart pattern ini berjaya dipecahkan adalah pada zon 161.8% iaitu pada zon harga sekitar 87,117.

2. Di TF1D pula boleh dilihat setelah harga membuat pantulan dari major trendline symmetrical triangle di garisan sokongan pada zon harga 28,800, telah membuat kenaikan sehingga pada harga 52,924.14. Garisan trendline kenaikan harga ini telah dipecahkan dengan sekali lagi membuat pantulan ke bawah.

3. Selain itu dapat dilihat pada TF1D garisan EMA5 telah melintas ke bawah EMA20 dan sedang menjadikan EMA50 sebagai support. Berkemungkinan sedikit technical rebound boleh terjadi pada kadar yang rendah sebelum meneruskan penurunan harga di mana EMA100 dan EMA200 menunggu sebagai garisan sokongan seterusnya dibawah.

4. Selepas pantulan kebawah dapat dilhat paras bacaan RSI konsisten di bawah 50 sementara garisan MACD pula telah melintas garisan signal dan menghampiri garisan sifar. Dapat dilihat juga harga telah berada di lower band BB sementara volume konsisten di bawah paras MA20.

5. Melihat kepada volume profile di TF1D, POC dapat dilihat berada pada zon harga 37,045, sekali lagi di zon 23.6% Fibo Retracement.

6. Di TF1H pula dapat dilihat harga semenjak pantulan kebawah dibuat, harga bergerak secara sideway di sekitar zon harga 47,000 - 44,000 tanpa membuat apa - apa pergerakan yang signifikan dan disertai dengan volume yang meyakinkan.

7. Para pedagang dan pelabur dinasihatkan untuk berhati - hati dalam membuat keputusan pelaburan, mengambil kira keadaan pasaran yang tidak menentu kebelakangan ini.

Penafian

1. Ini bukan analisa profesional oleh pakar pelaburan bertauliah tetapi nota pembelajaran peribadi.
2. Sila buat kajian anda sendiri dan buat keputusan pelaburan yang berdasarkan kajian anda sendiri.
3. Kritikan membina untuk menambah baik idea di masa akan datang adalah dialukan.

Terima kasih.

#TPkeCL #kajiannewbie #kajianpicisan #sayabudakbarubelajar #TAYOR #BTCUSDT
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Feragatname