AACUSDT, Meniti di garisan POC

1. Setelah mengalami kejatuhan sebanyak 70% dalam masa kira - kira 1 minggu, AACUSDT kini dilihat berada dalam fasa sideway dengan volatility yang minimum.
2. Harga kini berlegar di antara 0.01 dan 0.008, yang juga di garisan POC Volume Profile.
3. EMA 6,20 dan 50 kelihatan telah berkumpul rapat dengan EMA200 semakin merapati dan telahpun melintasi paras rintangan di 0.013.
4. Garisan 23.6% FR juga berhampiran di atas zon sideway tersebut dan dapat dilihat garisan rintangan di atas berada di zon garisan 38.2%.
5. RSI juga hanya berlegar - legar di kawasan bacaan 45 - 60.
6. Volume juga dilihat berkurangan berbanding ketika fasa uptrend sebelumnya.
7. Possible Scenario:-
a. Berkemungkinan proses accumulation sedang berlaku, berkemungkinan test terhadap stop loss order akan terjadi dengan harga akan jatuh menuju ke paras terendah sebelumnya di 0.07, dan kemudian lantunan ke atas untuk permulaan fasa mark up.Garisan rintangan di 0.013 boleh dijadikan sebagai TP sementara candlestick yang tutup di atas POC dengan volume yang sihat boleh dijadikan perhatian untuk EP.
b. Harga akan meneruskan kejatuhan dengan harga di 0.004 menjadi paras sokongan terendah.

Wallahualam

Penafian: Kajian amatur untuk pembelajaran sendiri sahaja. Bukan nasihat pelaburan profesional.
Sebarang pelaburan mempunyai risiko.Sila buat keputusan pelaburan atas kajian anda sendiri.

#tpkecl #kajiannewbie #kajianpicisan #TAYOR #DYOR #kajiancrypto #kajiansaham
Chart PatternsTechnical IndicatorsTrend Analysis

Feragatname