Kebanyakan sumber rujukan Analisa Teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri terbiasa menggunakan terma terma dalam bahasa Inggeris apa bila mengajar dalam kelas dan mengeluarkan idea di TradingView. Saya akan ringkaskan perkataan-perkataan bahasa Inggeris yang popular digunakan bersama makna dan sedikit perjelasan berkaitan terma tersebut.
Support and Resistance - Paras Sokongan dan Rintangan. biasa ditanda pada carta sebagai S dan R
Market - pasaran saham secara umum, atau merujuk kepada instrumen tertentu
Trend / Trendline - arah pergerakan harga - menaik, menurun atau tiada trend (mendatar / sideways)
Break out - harga telah melepasi suatu paras rujukan (ke atas atau ke bawah)
Break down - harga telah melepasi ke bawah suatu paras rujukan
Volume - jumlah unit saham yang bertukar tangan.
Risk/reward ratio, RR, RRR - had risiko terhadap potensi keuntungan. risiko kan 1 unit untuk potensi 2 unit, RR 1:2.
Chart : carta / graf yang merekodkan pergerakan harga sesuatu instrumen (saham, forex, komoditi dsb)
Candle stick: batang lilin - suatu cara untuk merekod pergerakan harga Buka, Tutup, Harga Tertinggi dan Harga Terendah pada sela masa yang pilih.
Chart pattern - pergerakan harga membentuk corak tertentu pada carta. Antaranya corak segi tiga, dan corak bendera. Melalui chart pattern, keadaan psikologi pasaran boleh ditentukan.
Candle stick pattern - kombinasi dua atau lebih candlestick, yang melambangkan psikologi keadaan pasaran
Timeframe / TF : sela masa untuk sesebuah carta. Antara yang popular, sela masa 1 hari (harian), 1 minggu (mingguan) dan 1 bulan (bulanan). untuk traders jangka masa pendek, time frame 30 minit, 1 jam dan 4 jam merupakan kebiasaan.
Short term, Medium term, Long Term - merujuk kepada jangka masa - terpulang kepada time frame carta yang anda gunakan
Secara peribadi, saya selesa dengan anggaran lebih kurang 10 candlestick ke hadapan.
Short term Carta 1 jam - jangkaan 10 jam kehadapan Carta 4 jam - jangkaan 40 jam kehadapan Carta Harian - jangkaan 10 hari kehadapan
Medium term Carta Mingguan - jangkaan 10 minggu kehadapan
Long term Carta Bulanan - jangkaan 10 bulan kehadapan
Jika ada terma lain yang saya tertinggal, sila komen dibawah ye. Terima kasih!
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.