Carimin Petroleum Berhad adalah syarikat pemegangan pelaburan berpangkalan di Malaysia. Segmen Syarikat termasuk perkhidmatan tenaga kerja (MPS); kaitan, pembinaan dan pentauliahan ( HUC ); perkhidmatan marin ( MS ), dan lain-lain.
1. Merujuk pada post terdahulu (rujuk pautan di bawah), Carimin berjaya memecahkan paras rintangan RM0.820 tetapi gagal utk kekal di atas paras tersebut.
2. Pada sesi dagangan terakhir, Carimin telah turun di bawah paras RM0.820 dan penurunan ini disokong dgn volume apabila OBV menunjukkan pengaliran volume keluar yg agak signifikan.
3. Paras rintangan semasa kekal pada RM0.820.
4. Paras sokongan semasa adalah pada RM0.775.
5. Dijangkakan Carimin akan cuba menguji paras sokongan RM0.775 kerana Stochrsi menunjukkan Carimin sudah di fasa terlebih belian.
6. Jika Carimin berjaya kekal di atas paras sokongan RM0.775, Carimin berpotensi utk mengekalkan momentum kenaikkannya.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.