Ada dikalangan kita yang hanya berdagang dengan berpandukan kepada corak-corak carta yang selalunya muncul. Kemunculan corak ini dapat memberikan kita satu signal awal samada carta itu berkemungkinan untuk naik atau turun.
Menghafal sebarang bentuk corak juga satu teknik dagangan yang baik.
Tapi bagi saya, dengan memahami bagaimana corak itu terjadi dan melihat tanda-tanda awal sebelum corak berlaku dapat memberikan saya satu kelebihan berbanding menghafal sahaja.
Sama juga seperti menghafal bentuk lilin. Tidak salahpun menghafal, tetapi memahami bagaimana bentuk lilin terjadi adalah lebih manis.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.