Penerangan signal belian menggunakan carta 5 minit

Güncellendi
AMARAN : Diingatkan bahawa signal pembeliaan adalah dirujuk mengikut carta 5 minit bukan menggunakan carta 15 minit. Kami terpaksa menggunakan carta 15 minit bagi menggantikan penerangan.

Contoh yang kami gunakan adalah berdasarkan carta saham MYEG yang sudah beberapa hari naik. Mengikut sistem yang kami gunakan iaitu menggunakan Momo Trading System yang memperuntukkan carta 5 minit dengan gabungan beberapa indikator yang memberi signal belian. Signal belian tersebut kami namakan sebagai "MOMENTUM PILLAR" sebagai signal terhadap apajua jenis kaunter yang ada momentum.

Momentum Pillar ini akan keluar daripada makluman pengimbas yang digunakan, dan dari situ akan lihat kaunter-kaunter yang ada garisan merah dan bertulis perkataan "BUY" yang dikenali sebagai "Momentum Pillar". Apabila keluar signal tersebut, perkara pertama yang perlu dilihat adalah carta harian sama ada cartanya bagus atau tidak, carta harian yang kami gunakan adalah berdasarkan indikator ChannelTrendPRO.

Keduanya, harga melintasi ema20 dari bawah ke atas atau boleh juga anda gunakan ema9 melintasi ema20 keatas (Lihat band warna merah dan hijau).

Ketiganya, dalam masa yang sama juga harga melintasi LifeLine dari bawah keatas atau pun anda boleh melihat MACD (default setting) melintasi garisan zero dari bawah keatas.

Ketiga-tiga perkara ini adalah beberapa kriteria yang digunakan untuk muncul signal momentum pillar, ditambah pula dengan beberapa kriteria lain yang terpaksa kami rahsiakan.

LEBIH BAIK :
- Apabila munculnya signal, jangan terus beli kerana apabila anda terus membeli bermakna anda membeli diatas puncak, anda boleh terus membeli sekiranya dilihat terdapat momentum yang sangat kuat untuk push harga keatas, paling selamat adalah anda tunggu ia membuat lantai dan sauk di lantai.
- Garisan hijau berada dibawah garisan unggu dan garisan hijau tersebut hampir melintasi garisan unggu keatas.
- Sebelum berlakunya signal momentum pillar, adanya banker chip.
- Adanya red chip MACDX dan semakin bertambah.

TAMBAHAN :
- Arrow merah menghala keatas diatas candle : Volume melepasi average 5 hari.
- Arrow hijau menghala keatas diatas candle : Volume 1.5 kali ganda average 5 hari.
- Arrow hitam menghala kebawah diatas candle : Cadangan exit jual.
- Arrow oren menghala keatas dibawah candle: ema9 melintasi ema20 keatas.

PENTING :
- Belilah pada awal signal momentum pillar, kerana ianya lebih selamat berbanding beli apabila signal muncul ketika harga telah naik banyak.
- Apabila telah beli, untuk short term player bolehlah jadikan LifeLine sebagai support. Untuk intraday, jual jika ada untung dan cut loss seeloknya 1 bid atau 2 bid dibawah entry.

PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Sekiranya terdapat persoalan, boleh terus ajukan di dalam ruang komen. Terima kasih.
Not
PEMBETULAN :

1) TAMBAHAN : Volume melepasi average 5 candle ke belakang, bukannya melepasi average 5 hari, kerana timeframe yang digunakan adalah timeframe 5 minit, bukannya daily.

2) PENTING : Abaikan signal momentum pillar pada carta 5 minit yang behaviournya teruk, begitu juga dengan carta harian. Abaikan juga carta super penny yang kebiasaan behaviournya teruk.
Not
PERUBAHAN : Perubahan kepada nilai background kuning kepada ema5 atas sma9 daily. Untuk makluman, ema5 atas sma9 ini ialah daripada chart daily yang dibawa kepada timeframe 5 minit. Ini kerana, crossing ema5 kepada sma9 keatas di dalam chart daily dilihat lebih berkesan dan kebarangkaliaannya tinggi untuk naik, dengan syarat sebelum crossing berlaku, sebelumnya mestilah candle daily yang berwarna merah.
Technical Indicatorsmomentumpillar

Aynı zamanda::

Feragatname