Di akhir dagangan pada hari ini, saya perhatikan yang kaunter NOVA MSC masih gagal melepasi paras rintangan terdekatnya. Walaupun harga berjaya melepasi garisan aliran menurun (downtrend line), akan tetapi harga seperti berada di jajaran sideway dan tidak naik ke atas untuk beberapa hari ini. Mungkin kaunter ini sedang berada pada fasa pengumpulan (accumulation).
Pada saya, kaunter ini perlu melepasi paras rintangannya iaitu pada 0.120. Sekiranya pecah rintangan ini, besar kemungkinan harga akan terbang tinggi ke atas. Paras sokongan pula, saya cadangkan pada 0.095.
Bilgiler ve yayınlar, TradingView tarafından sağlanan veya onaylanan finansal, yatırım, işlem veya diğer türden tavsiye veya tavsiyeler anlamına gelmez ve teşkil etmez. Kullanım Şartları'nda daha fazlasını okuyun.