TradingView
zackdinz
6 Ara 2018 16:09

Sangat menarik, teknik swing untuk FCPO Eğitim

Crude Palm Oil FuturesMYX

Açıklama

Salam dan selamat sejahtera
kali ini saya ingin berkongsi berkenaan dengan teknik swing dengan menggunakan indikator smoke evolution. Dengan menggunakan indikator smoke evolution, pencarian paras sokongan dan rintangan menjadi lebih mudah dan arah market dapat dikenalpasti dengan lebih cepat. Merujuk kepada carta di atas, saya telah menerangkan langkah-langkah penggunaan teknik smoke evolution daripada pergerakan harga yang telah lalu.

1. Cari paras sokongan yang paling kuat dengan bantuan indikator band.
2. Buka posisi ke atas dengan bantuan indikator supertrend.
3. Tutup posisi apabila terdapat halangan dengan bantuan indikator band atau indikator supertrend.
4. Apabila harga membuat pusingan untuk ke atas, ini bermakna harga akan mencari paras halangan seterusnya. ketika ini posisi ke atas adalah sesuai untuk di buka. indikator smoke juga membantu dalam menentukan arah market.
5. Tutup posisi apabila terdapat halangan dengan bantuan indikator band. setiap lekukan pada band menandakan paras sokongan dan rintangan yang kuat.
6. Indikator band juga membantu dalam mengawal kerugian. paras kerugian juga boleh dikenalpasti dengan menggunakan indikator band.

Saya dapati keadaan yang sama berulang dengan konsep yang sama. Teknik ini akan di keluarkan kepada umum dengan beberapa pembetulan akhir. Untuk masa ini, smoke evolution masih dalam kajian.

Sekiranya anda berminat sila tekan butang suka dan berikan komen.

Sekian, terima kasih.

Yorum

Kepada yang berminat kepada indikator ini, anda boleh dapatkan daripada perkonsian di bawah

tradingview.com/script/CPmrsWpE-Smoke-Evolution-Trading-System-Glance-of-the-eyes/

Ada beberapa penambahbaikan terutamanya untuk perdagangan FCPO

Yorumlar
Terence_FX
perkongsian yang amat terperinci .
zackdinz
@Terence_FX, terima kasih. 👍👍👍
mdesa502my
Indicator smoke ni ada kt tv yg full version ke, sya cri dlm free version mcm x jmpe
zackdinz
@mdesa502my, indikator smoke evolution ni belum release lagi. masih dalam kajian. nanti sudah keluar saya bgtau tuan.
AzmanZaid
Terbaik tuan..
zackdinz
@AzmanZaid, terima kasih
dxplay
Terbaik perkongsian ilmu saudara.
zackdinz
@dxplay, terima kasih👍
Daha Fazla